Kampung Baru Sungai Chua Sejarah_Kampung_Baru_Daerah_Hulu_Langat

Kampung ini ditubuhkan pada tahun 1951. Penduduknya di kampung ini ialah orang Cina dialek Hakka dan Kantonis. Mereka berasal dari Sungai Kantan, Broga, Kachau dan Ayer Hitam dan 45 buah keluarga penduduk asal kampung Sungai Chua. Wakil penduduk Sungai Chua Low Yit membantah mereka dipindahkan kerana telah duduk di situ lebih 30 tahun. Haji Abdul Aziz selaku Pegawai Daerah Hulu Langat, menolak rayuan kerana membekalkan maklumat dan makanan kepada komunis.

Penduduk Sungai Chua berpakat sesama sendiri membina pagar berduri dengan kerjasama Than Seng Kong, Penolong Pegawai Penempatan Semula Setinggan Hulu Langat. Kubu dan menara kawalan turut dibina dengan menggunakan atap zink oleh ‘Civil Administration Sub–Committee'.

Pada bulan Jun 1953, sebuah koperasi ditubuhkan di kampung ini bagi membekalkan beras yang dikawal ketat.

1950 – seramai 3000 pelajar telah bersekolah di Sekolah Cina Sungai Chua. Ini menunjukkan mereka sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka.

Pihak Lembaga Elektrik Tengah telah memasang lampu-lampu elektrik di Kampung Baru Sungai Chua. Sebelum ini mereka bergantung kepada lampu gasolin dan lilin sahaja.